Monday, 28 November 2011

Hidup Melayu Bersatu

"Hidup Melayu Bersatu" is the title of a book by Johor MB Datuk Abdul Ghani Othman

.

In conjunction with the Umno general assembly which starts  tomorrow, I am posting this poem by Ghani which was placed at the start of his book.

This is the most important Umno general assembly ever as the party prepares for the coming general election which I deemed as the most crucial for Umno since the fight against the Malayan Union.

This coming general election is a do or die fight for Umno. So, Umno people, read this poem carefully and WAKE UP!!!!

PERJUANGAN SEPANJANG HAYAT

Bersatulah bangsa ku, bersatu lah
Dihadapan sana menanti cabaran tak terjangkau
Ombak ribut taufan kan menyerang
Seperti sejarah silam yang telah memahatkan
Keruntuhan Melaka masa lalu
Dek kelemahan bangsaku

Ingatlah bangsaku
Hanya perpaduan menjadi benteng ampuh
Hanya perpaduan menjadi benteng ampuh
Hanya perpaduan menjadi benteng ampuh

Kejayaan bangsa dan negara selamanya
Ditegakkan dari tonggak perpaduan
Kerana perpaduanlah penjajah diusir berambus pergi
Kerana perpaduanlah kemerdekaan dicapai sebebas-bebasnya
Kerana perpaduanlah komunis dihapuskan keakar-akarnya
Kita lalu mendirikan sekolah, membina masjid, hospital
Gedung besar untuk kita kecapi bersama
Membangunkan ekonomi bangsa
Menukar rimba belantara menjadi kota besar
Kilang tersergam dimana-mana
Ladang menghijau hasil mahsulnya melimpah ruah
Pelabuhan dan jalan raya pun terbentang untuk semua
Anak-anak kesekolah dan universiti
Orang muda bertungkus lumus mengumpul rezeki
Yang tua hidup aman damai dirumah sendiri

Hanya perpaduan yang teguh, persatuan yang kukuh
Akan menyelamatkan bangsa daripada dihancurkan
Oleh onar dalam dan onar luar
Oleh oportunis dan pengkhianat yang licik
Menabur duri dan onar sepanjang jalan menuju wawasan besar kita

Maka ayuhlah kita menginsafi diri
Bahawa dikampung dan didesa dibandar dan juga dikota
Racun fitnah dan pembohongan telah disebar
Dan membangkitkan kebencian dan permusuhan
Percayalah semua ini telah disemai oleh tangan kita sendiri
Oleh bangsa sendiri yang telah lupa diri
Dan mabuk dalam nikmat kemakmuran
Dihasut dengki peribadi dan ketamakan diri
Telah berpecah belahlah bangsa kita
Dalam segenap bidang kehidupan
Dan sipetualang itu sedang merayau-rayau diudara
Sesekali melangkah kebumi sesekali meninggi keawan
Ada yang sedang bersembunyi dihutan subur kita
Ada yang sedang berlayar dilautan luas kita
Disungai-sungai bumi tanah air kita
Mereka sedang menunggu waktu terbaik
Untuk merampas dan menjarah apa yang kita nikmati

Inilah sumpah perjuangan untuk watan dan bangsa merdeka
Dan perjuangan untuk watan adalah perjuangan suci
Perjuangan ini adalah perjuangan sepanjang hayat
Dalam segala bidang keagamaan, keilmuan, ekonomi dan budaya
Dan maka perjuangan suci ini harus dihayati
Dan digerakkan oleh seluruh anak watan
Kerana perjuangan ini tanggungjawab semua

Bersatulah bangsaku, bersatulah
Sesat ditengah jalan, kita pulang kepermulaan langkah
Lupakan saja tamak haloba yang membuahkan dendam
Amarah, dengki, khianat, kesumat dan permusuhan
Yang berasa bersalah memohon ampun, dan kita maafkan
Yang tua dihormati, yang muda dikasihi

Bersatulah bangsaku, bersatulah
Ayuh kita berdiri teguh menentang
Segala cabaran dan rintangan
Jangan biarkan cita-cita besar kita kandas
Dan terjurumus kejurang maha gelap maha dalam itu
Percayalah, sesal kemudian tidak berguna apa-apa
Rumah nenek moyang kita bangunkan
Dari jerih perit perjuangan silam ini
Jangan dibiar terlepas ketangan orang lain
Dan disini hari ini, berjanjilah wahai bangsaku
Perjuangan ini perjuangan sepanjang hayat

Abdul Ghani Othman
Kembara Puisi Darul Ta'zim
Saujana, Johor Bahru

6 comments:

  1. Bila kontrak nak habis baru la sibuk suruh bersatu. Masa memerintah, rakyat nak jumpa pun susah. Sudah-sudah laa

    ReplyDelete
  2. Anon 03;01,
    That poem was written and read by Ghani on February 8, 2001. Your boss want to be MB? Tell him to wait till after the election. Now is the time to focus on the general election. No need to lobby for your boss too hard. If BN fall, you and your boss will bungkus sekali. Ghani is all ready to retire. Be patient. Hopefully your boss is not going to menjahanamkan Johor if he become the MB.

    ReplyDelete
  3. If Ghani Zapin will retire soon, why bother put his oxymoron proxies like Wan Mohd Firdaus into Kulim & Damansara Realty?

    ReplyDelete
  4. Bodoh punya BigCat. Umno mana boleh bersatu. Yang dia orang pentingkan cuma duit harta dan kedudukan. Hanya Pakatan Rakyat yang boleh menyelamatkan Malaysia. Pegi mampus sama Umno shit.

    ReplyDelete
  5. pakatan rakyat ialah pakatan bodoh... satu cina cauvinist nak mampuskan melayu, satu parti islam tapi sokong usaha sekular dan banyak beralah dengan parti cauvinis dan satu lagi parti yang pentingkan seks bebas dan nyuntut...

    ReplyDelete
  6. Dan umno......satu parti minta free kontrak....dan maharaja penyelewengan...makan duit rakyat.....LEMBU!!!!

    ReplyDelete