Wednesday, 1 February 2012
Shrek and my boredom
Staying cooped up in this room and bored half to death. It's too cold to go out.
Watching some old movies.
It's Shrek at the moment. You know, that jovial green ogre. Watched it before, but never mind lah...it's very nice funny movie la.
The one I'm watching now is the first where Shrek rescued Princess Fiona from the dragon and later fell in love with her and stuff.
I don't really like the sequels though, as they tried too hard to be as good as the first. Got all complex and too campy. And that donkey was too damn irritating in the sequels.
Anyway, I wish I can rewrite the Shrek story. It would be something like this....
After Shrek and Fiona had their first kiss, Fiona turned into a real princess and not a female ogre like in the movie.
But Shrek don't mind as he love her very very much.
Fiona also said she love Shrek very much despite him being what he is, an ogre.
I think a love story between a beautiful princess living in a palace and an ogre living in a swamp will be more interesting. How they accept and truly love each other despite their differences would be very nice and funny to watch.
Hmmmm....this what happened when I'm bored. Writing gibberish....eh, sorry la for wasting time of those who read this. Don't be angry ya, I'm like this once in a while only....
ps. For better reading, go to the blogs of A Voice and Big Dog. Their latest postings on Johor are very interesting.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Big Cat...this better than Shrek
ReplyDeleteProjek-projek perancangan awal KPRJ
Kumpulan Piranha Johor (1997)
Rumah Rakyat Johor........16.80juta
Jalan Kampung............200.84juta
Perpustakaan Negeri.......52.84juta
Perpustakaan Desa........150.72juta
JII Fasa 1................39.00juta
JII Fasa 2...............211.00juta
JB Perdana Highway.......520.00juta
Lebuhraya KT-Mersing.....300.00juta
Kg Dlm Kota(Bakar Batu)..500.00juta
Baiki Stadium Larkin.......5.60juta
Projek Kota Sukan........500.00juta
Baiki Masjid 1............50.00juta
Baiki Masjid 2...........100.00juta
Transport city............32.00juta
Gerai Rakyat..............74.25juta
Panggung Negeri...........60.02juta
Port City...............2883.34juta
MB Johor mahu JCorp Tan Sri Ali buat ini semua kerja tapi Tan Sri Ali kata dia sudah bnyk buat kerja amal buat sekolah agama negeri. MB Johor yang baru ini merajuk dengan JCorp, dia pun buka syarikat baru Kumpulan Prasarana Rakyat Johor untuk jalankan projek-projek (non-profit) yang murni ini. Mula-mula di suruh pakar kewangan dari Arab Malaysian, Azlan Abas untuk menjalankan "KPRJ" tetapi penasihat2 MB Johor ini kata terlalu muda terus dibahagi kepada kawan lamanya Datuk Amirullah untuk jadi CEO dan mereka-mereka ini termasuk Azlan Abas pun buka pejabat-pejabat mereka di Public Bank Tower supaya dekat dengan Bukit Timbalan (10minit sampai jika Ghani petik jari).
Modus operandi nya simple.....semua tanah yang hendak dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dibekukan dan di bahagikan semua kepada KPRJ untuk cari JointVenture partner untuk cari Investor untuk membangunkan projek-projek mega supaya keuntungan ini boleh disalurkan untuk membiayai projek-projek KPRJ yang non-profit seperti di atas....
Olehkerana orang-orang ini semua bekas pegawai BANK, maka semuanya ada idea yang sama iaitu sebelum tanah-tanah ini "LANDBANK" dimajukan lebih baik tanah-tanah ini dicagarkan ke bank-bank dan duitnya boleh digunakan untuk dilaburkan di dalam KLSE. Memang "BIJAK".....tetapi seperti yang tidak dapat diduga oleh pakar-pakar kewangan ini bahawa saham-saham KLSE ini boleh jatuh merundum selepas September 1997. Maka YPJ Holdings hilang RM45juta, KPRJ hilang RM280juta, JCorp hilang RM2billion dan Renong hilang RM15billion. Semuanya adalah Sejarah Hitam bagi Johor........x usah d nangis - nasi dah jadi bubur.....
Engko ni apahal beriya-iya sangat nak cerita pasal KPRJ ni? Aku nak tengok cerita katun pun tak senang.
DeleteHa, ni aku bagi laluan. Engko cerita la puas-puas. Aku tak censor pun. Bagus juga. Tak payah aku nak susah-susah cerita nanti.
So? Dia tak dapat sub-con kot? Dulu ada kaki dlm..skrg dah tak ada la tu...kahkahkah...
Deletebunyi macam orang kecewa terlepas kontrak je haha
DeleteSdr,
ReplyDeleteBegitu banyak sebenarnya kebajikan yang telah dibuat dan dilaksanakan di negeri dan negara kita ini. Sampaikan ke tahap `hendak makan pun disuap'.
Apatah lagi, ke tahap kerja-kerja bina lebuh raya, masjid, surau, gedung ilmu perpustakaan, menyediakan kemudahan perumahan, bekalan api dan air dan bermacam-macam projek untuk kemudahan rakyat terbanyak.
Tanpa menghargai dan berterima kasih kemudahan yang telah disediakan, malah kita bukan bukan saja berpandangan bahawa itu dah memang kerja mereka yang diberi amanah memerintah, tetapi yang sedihnya menghentam dengan mengatakan apa yang dilaksana membazir.
Perlu diingat, mereka yang membina semua kemudahan itu bermula dari cetusan idea, membinanya sehingga siap semua kemudahan itu terus menerima kebaikan dan barakah.
Setiap penghinaan dan kata-kata nista kita, maka mereka yang melaksanakan tanggungajwab dan amanah itu dengan baik dan penuh ikhlas terus menerima barakah, pahala dan kebaikan.
Dan kita terus menghentam dan menghina tanpa melihatnya secara objektif. Kalau satu jari tunjuk menyalahkan orang lain, tiga jari ke arah diri kita untuk kita menilai diri sendiri.
Ingatlah, contoh terbaik dan terkesan setiap kenderaan yang menggunakan lebuh raya utara selatan, maka pahala dan kebaikan lah kepada mereka yang mencetus idea, membina dan menyiapkannya. Berapa juta kenderaan yang melalui lebuhraya berkenaan setiap hari ?
Ini tidak lagi kebajikan-kebajikan lain yang tidak terkira banyaknya.
Cuba kita fikir diri kita, apakah kebajikan yang telah kita sumbangkan untuk mendapat kebaikan dan barakah itu. Mungkin dalam pelaksanaan ada banyak kelemahan, yang mana kita tidak seharusnya sekadar menghentam secara beremosi.
Di kalangan yang hanya suka menghentam membuta tuli, cuba kita fikir apa sumbangan kita ? Nak menjaga tandas dan persekitaran kita supaya bersih pun kita tidak upaya, malah masih mengharapkan pihak lain, apatah lagi perkara-perkara besar.
Ingatlah, mereka yang kita hentam tu terus dapat kebaikan dan keberkatan apabila semua kemudahan-kemudahan yang dibina itu terus diguna dan dimanfaat dengan baik oleh kita semua.
Saya tidak nafikan dalam pelaksanaan, ada kelemahan-kelemahan apabila manusia-manusia yang melaksanakannya tidak amanah, tidak bertanggungjawab, dan rakus mengaut keuntungan diri sendiri, tewas dengan kehendak nafsu serakah.
Mereka-mereka yang tidak amanah, korup, khianat dapat kita lihat bagaimana akhirnya tersungkur dan rebah menyembah bumi termasuk di kalangan yang dulunya gah dengan kuasa dan kekayaan dimiliki.
Saya hanya sekadar melontarkan pandangan dan ingatan, tidak merujuk kepada sesiapa dan pihak-pihak tertentu dan ini juga untuk mengingatkan diri saya sendiri.
Lihatlah sesuatu perkara itu secara objektif supaya kita tidak terperangkap dengan emosi dan pemikiran sempit kita serta permainan-permainan halus yang mahu melihat kita hancur.