Friday 14 October 2011

Cute pet pigs in Johor, fierce wild boars in Kelantan

Honestly, my mood was spoilt this morning  after reading a posting by blogger Unspinners about how a Chinese school in Kelantan was bullied for holding a lantern festival celebration in their compound.

This is the Unspinner's posting (I hope he don't mind me cutting and pasting it) -

Lepas Hudud Sekolah Cina : PAS Terdesak Nak Undi Melayu!


Sekolah Jenis Kebangsaan Kai Chih Di Pasir Puteh bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang yang akan dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh kerana mengadakan perayaan tanglung di dalam kawasan sekolah. Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh telah mengeluarkan notis ke sekolah tersebut pada 18 September 2011 dan pihak sekolah diberi masa selama tiga hari untuk memberikan surat tunjuk sebab.
Alasannya, pesta tanglung itu disambut dan diadakan di kawasan sekolah tanpa kebenaran dan permit daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh. Dan kesalahannya menurut Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, adalah di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh membawa kepada hukuman denda maksimum RM20,000, penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Setiausaha PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan pula berkata, di bawah Enakmen Hiburan Negeri 1998, tiada sebarang bentuk hiburan yang dibenarkan pada setiap petang Khamis sebagai tanda menghormati waktu solat Jumaat.
Bunyinya macamlah Islamik sangat. Konon-kononnya, macamlah hendak mempertahankan kesucian Islam tetapi sebenarnya ia menunjukkan tentang kebangangan yang terserlah di kalangan para pemimpin PAS yang sedang mencari-cari arah kemenangan di Pasir Puteh. Pasir Puteh sedang menunjukkan isyarat yang sangat jelas penolakan terhadap PAS ekoran gelagat wakil rakyat PAS kawasan tersebut yang kuat berskandal dengan bini orang
Keberanian PAS Kelantan nampaknya terserlah kali ini. Mungkin disebabkan DAP tidak mempunyai kuasa di Pasir Puteh menyebabkan PAS Kelantan berani menganiayai SJKC Kai Chih Pasir Puteh yang mengadakan pesta tanglung di dalam kawasan sekolah. Alasan hiburan yang diberikan oleh pejabat tersebut untuk mengenakan tuduhan undang-undang terhadap SJKC Kai Chih sebenarnya langsung tidak relevan.
Pesta tanglung yang diadakan dan disambut oleh sekolah Cina itu pada 15 September 2011, bukanlah sejenis hiburan, sebaliknya merupakan salah satu perayaan agama. Pemimpin PAS yang kebanyakannya buta perut dan tolol tidak dapat membezakan antara hiburan dan upacara keagamaan. Mereka juga tidak dapat membezakan antara majlis yang dibuat di kawasan terbuka dengan di dalam kawasan sendiri.
Kalau itulah contoh yang boleh diperolehi dan dicontohi untuk perlaksanaan hukuman hudud, ternyata PAS dan perundangan ciptaannya itu tidak lebih daripada sebuah kerajaan zalim yang bukan sahaja jahil dan bodoh tetapi juga sangat membuta tuli. Sedangkan PAS mendakwa perundangan hudud yang mereka ingin laksanakan adalah hudud Allah Taala.
 

Seriously, these Pas people are simply hypocrites.

No comments:

Post a Comment