Pak Lah's 4th Floor legacy to sell asset to foreigners continues with KFC
Apparently several other pro-BN bloggers had also took the initiative to write about the matter.
Honestly, I don't give a crap about what happened to the ex-Fourth Floor boy. if A Voice and the other bloggers wanted to lanyak him, I got no problem with it.
However, since my favorite Umno politician Datuk Abdul Ghani Othman was linked by the bloggers with the issue due to his posts as Johor MB and in JCorp, I felt that I need to do something to get a proper clarification.
I am quite sure Ghani is on top of things as far as this issue was concerned...well, that was the case when I left Johor a few months ago.
So, I made a few phone calls (very expensive liao) to my contacts in JB asking them to clear the air.
The feedbacks I got was that the issue was engineered by someone who was pissed off with Ghani for refusing to give him a contract.
This person then decided to use the whole thing to vilify Ghani in the blogs in the hope of tarnishing the MB's reputation with the election being just around the corner. Ghani was to be projected as failing in safeguarding Malay interests and as a person with no jati diri Melayu.
Of course the ex-fourth floor boy was conveniently there in the midst of things, so that those least familiar with it would thought that the target is just Zaki Zahid.
The actual fact is that, Ghani is the real target. And, the ultimate aim was to remove him from the MB post. They just can't wait for the election to be over to do that.
I was given the details of this person who engineered this campaign against Ghani but decided not to reveal it here because it may cause a stupid fight between us pro-BN bloggers. We don't need such thing as all our energy and time now need to be utilised for BN's preparations for the election.
Kalau nak gaduh-gaduh juga, says rasa baik tunggu lepas election sebab now we are facing the real enemy and could ill afford to fight among ourselves over issues such as this.
I however only managed to get the full explanation on the issue (without the juicy bits of course) two hours ago. Very slow to react la these people at JCorp. I was so frustrated waiting for it the whole day.
Ok, I am putting it here in full as how I received it. For those who can't read Bahasa Malaysia, please google translate. It's very late and I'm too tired to translate it for you all. I got class tomorrow, ok? And JCorp people, by right you all should pay my phone bill for this month. What? You think cheap ka want to call people in JB from Taipei. Eh, if not for Ghani, I wouldn't even be bothered with this issue la.
So, here it is -
PENGAMBILALIHAN QSR DAN KFCH OLEH JOHOR CORPORATION
Hampir kesemua pemegang saham KFC Holdings (Malaysia) Bhd dan QSR Brands Bhd telah bersetuju menerima tawaran yang dibuat oleh Massive Equity Sdn Bhd (MESB) untuk mengambil alih keseluruhan perniagaan KFCH dan QSR termasuk semua aset dan liabiliti kedua-dua syarikat itu. Kos pengambilalihan itu berjumlah RM5.2 bilion dengan pertimbangan RM4 bagi setiap unit saham KFCH dan RM6.80 bagi setiap unit saham QSR. Pengambilalihan tersebut telah selesai pada minggu lepas dan kesemua pemegang saham KFCH dan QSR telah menerima bayaran bagi saham-saham mereka pada 23 dan 25 Januari 2013 yang lalu.
Pengambilalihan ini adalah satu proses “corporate rationalization” atau pewajaran korporat yang membolehkan Johor Corporation mempunyai akses secara langsung kepada kedua-dua syarikat tersebut.
Melalui pengambilalihan ini, Johor Corporation memegang sebanyak 51% ekuiti di dalam bisnes-bisnes di bawah Massive Equity Sdn Bhd (MESB). Ini adalah peningkatan berbanding 32.8% kepentingan efektif dalam QSR dan 17.2% kepentingan dalam KFCH menerusi Kulim (Malaysia) Berhad sebelum ini.
MESB merupakan sebuah Syarikat Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle) yang ditubuhkan bagi membolehkan Johor Corporation meningkatkan pegangan langsungnya dalam KFC dan QSR dengan kos pengambilalihan (privatisation) yang optimum.
Tawaran pengambilalihan oleh MESB adalah tawaran yang terbaik dan termurah dapat dilakukan mengikut situasi semasa, sebagaimana yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Johor Corporation di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Januari 2012.
CVC Capital Partners (CVC) hanya memegang 24% saham dalam MESB, dipilih melalui kriteria pemilihan yang ketat. Selain itu, CVC merupakan sebuah firma pelaburan ekuiti swasta antarabangsa yang mempunyai prestasi bisnes yang kukuh. Ia juga berpengalaman luas dalam “management buyout” dan peningkatan keberkesanan operasi perniagaan serta mempunyai pengalaman dalam pengurusan bisnes-bisnes dan pelaburan yang berkaitan.
Pegangan lebih besar, iaitu 25% lagi saham dalam MESB, dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Malah apabila pegangan saham Johor Corporation digabungkan dengan saham milik KWSP maka jumlah pegangan saham tempatan berjumlah 76% sekali gus CVC adalah pemegang saham minoriti dalam MESB.
Inilah tujuan asal pengambilalihan QSR & KFC oleh Johor Corporation yang mahu meningkatkan pegangan ekuiti efektif dalam kedua-dua syarikat tersebut sebagai pemegang saham majoriti dan jauh sekali bertujuan untuk menjual kedua-dua syarikat tersebut kepada pihak ketiga atau orang asing.
Oleh itu, kebimbangan orang ramai terhadap ketirisan kepentingan syarikat tempatan di QSR dan KFC oleh Johor Corporation adalah tidak berasas.
Sebaliknya, kita harus berbangga dengan pengiktirafan pemegang francais KFC dan Pizza Hut di Amerika iaitu Yum Brands terhadap kemampuan Johor Corporation dan KWSP dalam menerajui dan mengurus jenama antarabangsa itu sekali gus meneruskan perluasan cawangan khususnya ke India selain pembukaan ratusan cawangan baru KFC dan Pizza Hut yang akan dilakukan di Malaysia selain Singapura, Kemboja dan Brunei, tahun ini.
Pengendalian JCorp dan KWSP ini juga akan dapat terus melahirkan barisan pengurus yang berkemampuan dan berkaliber, termasuk di kalangan Bumiputera, dalam industri peruncitan serta Food & Beverage. Malah barisan pengurusan yang sedia ada dan baru dilantik mempunyai tanggungjawab besar untuk terus menjana nilai tambah dan memajukan bisnes, bukan untuk menjual atau menjejaskan kepentingan anak bangsa.
Teguhnya Johor Corporation di kedudukan teratas pemilik saham KFC dan QSR turut memayungi kepentingan puluhan syarikat Bumiputera yang terlibat dalam Contract Farming dengan kedua-dua syarikat itu serta lebih 1,700 usahawan kecil yang terlibat dalam Program Usahawan Bistari Sudut Ayamas di seluruh negara.
END