Sunday 12 February 2012

KPRJ and Danga Bay

I had decided to abandon my KPRJ story.

The one I've written so far was too long and convoluted. I have to admit that I am not a good writer. Somebody scolded me today and said I am writing crap when I showed the one I had done so far and told me to throw it away into the longkang.

I would therefore like to apologise to those who have been waiting for that story.

Anyway, I don't want that KPRJ story to suffer the same fate as the long long  Khazanah's explanation on Medini in Utusan.

As compensation, here is the full speech delivered by Johor MB Datuk Abdul Ghani Othman at the 15th anniversary of  Danga Bay earlier today.



It is concise and easy to understand.

UCAPAN YAB DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN, MENTERI BESAR JOHOR DI MAJLIS SAMBUTAN 15 TAHUN DANGA BAY DI PUSAT KONVENSYEN DANGA BAY, PADA 12 FEB 2012.

Bismillahiirahmaniirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

Dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Ampun Tuanku,

Patik bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh hadirin sekalian, dengan penuh hormat takzimnya merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia Binti Almarhum Sultan Idris Shah, mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Ulangtahun ke-15 Danga Bay pada petang ini.

Sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku melambangkan kesungguhan dan sokongan yang amat sangat serta menambahkan lagi serinya majlis ini.

Ampun Tuanku

Patik juga menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, Paduka Putera-Putera serta Kerabat Diraja sekalian ke majlis ini.

Ampun Tuanku

Patik mohon perkenan untuk berucap kepada hadirin sekalian.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia dan

Yang Amat Dihormati Datin Seri Rosmah Mansor,

Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet,
Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Tan Sri-Tan Sri dan Dato-Dato
Serta Dif-Dif Jemputan yang dihormati sekalian.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya, dapat kita menghadiri majlis pada petang ini sempena ulangtahun ke-15 Danga Bay.

2. Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengalu-alukan kehadiran YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, dan Yang Amat Dihormati Datin Seri yang sudi meluangkan masa melawat negeri Johor, khususnya ke Danga Bay. Kehadiran YAB Dato’ Seri dalam lawatan singkat ini, tentunya turut menjadi dorongan kepada usaha-usaha memakmurkan negeri Johor yang sedang pesat membangun.

3. Kerajaan Negeri pada 15 tahun lalu melihat bahawa Johor memerlukan pembangunan yang lebih seimbang lagi menyeluruh, lebih-lebih lagi dari segi keperluan asas rakyat, bukan sahaja di bandar-bandar dan pekan-pekan bahkan di kampung-kampung.

4. Sehubungan itu kerajaan negeri menubuhkan sebuah syarikat iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur luar bandar melalui kaedah pembiayaan daripada pembangunan tanah yang dikurniakan kepada syarikat tersebut.

5. Selain pembinaan jalan-jalan kampung di seluruh negeri dan daerah, KPRJ juga membina penempatan semula perumahan setinggan termasuk di Kong Kong, Tok Siak, Bakar Batu dan Sri Stulang untuk dinikmati oleh 6,000 keluarga. Pendekatan ini membolehkan rakyat menikmati pembangunan keperluan asas tersebut dalam tempoh lebih cepat.

6. Dalam masa dua tahun pertama mulai tahun 1996, KPRJ menyiapkan 1,700 kilometer jalan kampung di 1,500 kampung di seluruh negeri Johor. Namun selepas itu, berlakulah kegawatan ekonomi dan KPRJ berdepan dengan keadaan mencabar untuk melunaskan pinjamannya kerana pembangunan tanah tidak dapat dilaksanakan.

7. Satu lagi cabarannya ialah tanah-tanah yang dikurniakan itu rata-rata merupakan kawasan paya, muara sungai, dalam air dan yang diduduki oleh setinggan.

8. KPRJ berusaha mencari pelabur untuk usahasama termasuk syarikat-syarikat yang tersenarai, tetapi mereka hanya bersedia menyertainya dengan mencadangkan nilai tanah pada harga beberapa sen sahaja setiap kaki persegi.

9. Dalam keadaan mencabar tersebut, muncul satu syarikat yang sanggup melabur dengan menilaikan tanah seluas 350 ekar itu, yang masih di dalam air, pada harga RM23 sekaki persegi. Melalui usaha ini KPRJ telah dapat melunaskan pinjaman sebanyak RM200 juta.

10. Selanjutnya pembangunan tanah-tanah tersebut dilaksanakan secara usahasama melalui kaedah Public Private Partnership (PPP) di mana kerajaan bersama-sama memegang ekuiti di dalam syarikat berkenaan iaitu Danga Bay Sdn Bhd.  Pelan pembangunan Danga Bay ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

11. Pendekatan pembangunan oleh Danga Bay Sdn Bhd ialah menyediakan kemudahan rekreasi untuk orang ramai terlebih dahulu sebelum tumpuan diberikan kepada pembinaan untuk tujuan komersil. Kawasan Danga Bay yang dahulunya tidak terurus, kini telah menjadi tumpuan keluarga, khususnya pada hujung minggu untuk beriadah.

12. Setelah 10 tahun pembangunan Danga Bay dilaksanakan, Kerajaan Persekutuan melancarkan pembangunan Iskandar Malaysia pada tahun 2006 dan menyalurkan dana pembangunan untuk meningkatkan infrastruktur yang membolehkan jadinya Pembangunan Iskandar. Ini telah mengukuhkan lagi pembangunan di Danga Bay.

13. Pembangunan melalui perkongsian Public Private Partnership di Danga Bay ini berkembang daripada kawasan Barat Johor Baru, iaitu di Danga Bay, ke Timur Johor Baru yang melibatkan kawasan di Lembangan Tebrau Plentong. Seterusnya, untuk mengukuhkan  jentera pembangunan  ini, KPRJ-Danga Bay telah dilantik untuk pembangunan semula pusat Bandaraya Johor Bahru (CBD). Pembangunan CBD ini dijalankan bersama-sama dengan pihak-pihak yang berkepentingan di kawasan yang terlibat.

14. Justeru itu, Danga Bay dijenamakan semula dengan nama Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan ditugaskan sebagai Master Developer untuk kawasan Timur, Barat dan Tengah Bandaraya Johor Bahru. Dengan ini, Negeri Johor telah pun melaksanakan satu projek yang benar benar merupakan perkongsian di antara awam dan swasta (Public Private Partnership).


15. Semua ini dapat diterjemahkan dengan sokongan dari Kerajaan Persekutuan, dan sokongan ini berterusan melalui dana Facilitation yang kini telah diluluskan untuk pembersihan Sungai Segget sebanyak RM200 juta serta RM200 juta lagi untuk projek “The Venetian” di Sungai Danga. Kerajaan Negeri sangat menghargai keperihatinan dan sokongan kuat Kerajaan Persekutuan ini dalam usaha membangunkan Negeri Johor.

Ampun Tuanku,

Sesungguhnya segala perancangan yang telah patik sembahkan, dengan ini patik memohon perkenan dan restu Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk dilaksanakan dengan jayanya.

Akhir sekali, patik berdoa agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT, sihat walafiat, selamat sejahtera, aman sentosa dan makmur berpanjangan.

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ampun Tuanku.

16 comments:

  1. Big Cat, I was looking forward to your KPRJ story. In any case, aku rasa they will reach greater heights in the partnership with Lim Kang Hoo. KPRJ jugak pemegang saham dalam projek Medini. Aku rasa keterlibatan KPRJ di Medini akan sedikit sebanyak memastikan projek tu is headed in the right direction, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  2. Yeah! Another term to foresee the project goes as planned! Bravo!
    Even not elected, i'm sure dato' lim will take good care of you and appoint you as one of the director.

    ReplyDelete
  3. This again shows that you practice double standards. Say lah you scared to write on KPRJ, because you are employed by their state subsidiary? Who wants to read this crap speech by the MB? But you are very efficient to whack others. Search your soul and come to your senses, we know who employs you to write all the slanted garbage.

    ReplyDelete
  4. Budak Pekan Nanas13 February 2012 at 20:53

    KPRJ will definitely do better with Kang Hoo. Buat projek medini dgn Khazanah memang buang masa. Ganen pariah tu kaki penipu macam Amok. Keluar artikel dalam Utusan lebih banyak mengundang soalan daripada jawapan. Penipu bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak Makan Nanas13 February 2012 at 23:23

      Aku cuba baca jugak artikel tu, tapi aku takde soalan sebab aku tak paham langsung benda Allah tu. Boleh kau tolong kupaskan satu persatu? Aku rasa ramai yang keliru macam aku ni.

      Delete
    2. Kupas nanas aku boleh la. Nak kupas article tu rasanya aku tak larat la. Kalau Kang Hoo bagi satu juta ringgit tak pa juga la aku try. Berbaloi juga la nak pening kepala. Kalau nak saja-saja je, rasanya lebih baik aku pegi tengok cerita katun.

      Delete
    3. Kenyang Makan Nanas14 February 2012 at 12:00

      Artikel Khazanah tu gua dah buat bungkus taik kucing. Seperti itulah nilai penjelasan Khazanah pada rakyat - mengelirukan untuk membodohkan rakyat, menyimpang dari persoalan asal. Layak digunakan untuk membalut taik binatang.

      Dengar khabar beberapa pengurusan kanan IIB, termasuk boss-boss lama, kena panggil naik turun Jabatan Perdana Menteri explain pasal Medini. Bagus lah tu, kita tengok apa akan berlaku. Dengar cerita Tuanku pun akan panggil budak-budak IIB.

      Padanlah muka Amok haprak dan Ganen pariah tu.

      Delete
  5. Ghani ... the green roof top near Danga Bay is another development potential. Quickly tell Lim Kang Ho. Your term gonna expired soon. Another few billion ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Obviously you don't know who LKH's partner is in Johor.

      Delete
  6. There are lies in the speech...
    1. The original Danga Land of 350 acres are 80% dry land, not under water.... Ask the bankers and valuers involved. It was valued by Sam of KGV Lambert at above RM1billion.
    2. Price paid by Lim Kan Hoo was RM13psf, not RM23psf. Then KPRJ bought bacK 30% at market price above RM50 psf.
    Why he had to lie? To show that Lim Kang Hoo is such a nice guy who rescued KPRJ? When the fact is that he came to devour KPRJ's assets at dirt cheap price, just like Tebrau Teguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. To be a great politician one need to master how to manipulate and learn how to lie. Lim Kang Hoo do a favor to KPRJ by venturing into Danga Bay to pay off the RM200m debt owned by KPRJ. What did he get in return? Prime lands in johor! There is no such thing as he doing charity. He's a freaking businessman with agenda.

      Delete
    2. I am not sure which piece of land you are talking about that was 80% above water, but I believe that the waterfront project was on reclaimed land, which was formerly called Lido, and was indeed largely under water prior to 2000, more so at high tide.

      If I am not mistaken, the reclamation work only began sometime in early 2000 or 2001, because I remember passing through that area when they were cordoning off the waterfront for reclamation works.

      Delete
    3. Anak johor cakap betul jugak. Kalau rm23skp maknanya 350 ekar dapat rm350 juta. Kalau rm13skp dapat rm200 juta. Memang sah ada yg tipu. Tapi tak mustahil juga kalau lim bayar rm23, kprj dapat rm13. Yg lagi rm10skp lesap?....

      Delete
  7. huhu...ghani mengzapin. ghazaal utk rakyat johor ..keh keh keh. ghani lu kat sgm mati pun belum tentu menang beb....org muo aje yg akan beri ko pengajaran...dlm pru ke 13 ni nanti...

    tak habis2 dgn projek jln kampung...ko buat projek jln kampung ko pi ler minta dana dgn federal.kan UMNO Johor tulang belakang BN. ko guna kantung KPRJ utk buat jlnkmapung buat apa? nak kayakan kroni kroni kontraktor haramjadah...?

    muo mari.

    muo mari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang engko dengki sangat dengan orang kampung ni kenapa? Kalau tunggu federal funding, ko tahu tak sampai tahun 2020 pun jalan kampung yang 1700 km tu tak boleh siap lagi. Ko tak kesian ke orang kampung kena guna jalan tanah merah, orang bandar yang memang tak sokong BN pun dapat jalan cantik, highway 4 lorong, etc.? Ko sibuk kutuk Ghani yang cuba menaikkan zapin di kalangan orang muda, budaya Melayu kat Johor ni, jadi orang muda kita kenal budaya kita. Yang dok breakdance kat Muar tu, bawak budaya mat black jalanan dari Amerika sampai jadi satu culture anak muda kat bandar tu, sampai jadi juara seluruh Malaysia, ko tak kutuk pulak. Memang ko ni Melayu yang tak ada jatidiri Melayu.

      Delete
  8. janji projek danga bay jangan terbengkalai sudahhh...malu kat lee kuan yew, kena gelak dgn kiasu haha

    ReplyDelete